16 kes tipu pelaburan di Johor, libat kerugian lebih RM1 juta

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

JOHOR BAHRU – Polis Johor menerima sebanyak 16 laporan mengenai kes penipuan pelaburan melibatkan nilai kerugian lebih RM1 juta mulai 20 hingga 26 Oktober 2023 lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, berdasarkan laporan diterima, nilai kerugian bermula dengan pelaburan kecil sebanyak RM300 sehingga pelaburan terbesar sebanyak RM315,469.

“Nama-nama kes pelaburan yang dilaporkan adalah seperti pelaburan Pslus AERS, Bitcoin, Fxpro, BF* Coin, Sedia Investment Promotion, MIDF, Aplikasi Aico, Krypto Yomaex, Domain, Plan Basic in LN (606) dan Delta.

“Modus operandi bagi kes-kes pelaburan adalah mangsa akan ditawarkan untuk memasuki pelaburan dengan dijanjikan keuntungan pelaburan yang berlipat kali ganda dalam tempoh masa yang sangat singkat.

“Justeru, polis kontinjen Johor menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya dalam sebarang urusan yang melibatkan transaksi kewangan,” katanya pada Jumaat.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti laman sosial Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Facebook, Instagram dan TikTok bagi mendapatkan maklumat terkini modus operandi jenayah komersil.

Mereka juga boleh menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 sebagai tindakan awal bagi menyekat pengaliran keluar wang daripada akaun suspek.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!