Jurujual didakwa curi barang kemas, ubah resit pembelian pelanggan

Seorang jurujual di sebuah kedai emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan mencuri barangan kemas dengan mengubah resit pembelian pelanggan antara September sehingga Oktober lalu. - Gambar hiasan
Seorang jurujual di sebuah kedai emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan mencuri barangan kemas dengan mengubah resit pembelian pelanggan antara September sehingga Oktober lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG – Seorang jurujual di sebuah kedai emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan mencuri barangan kemas dengan mengubah resit pembelian pelanggan antara September sehingga Oktober lalu.

Nor Adila Che Sharif, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Amalina Basirah Md Top.

Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu sebagai jurujual emas didakwa mencuri barangan kemas dengan mengubah suai empat resit pembelian daripada pelanggan dan mengambil barangan milik majikannya itu, untuk dijual bagi kegunaan peribadi.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kedai emas di Hulu Langat, di sini antara 20 September sehingga 21 Oktober lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Norhidayah Abdullah Sani mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), M Mariappan yang mewakili tertuduh merayu kadar itu dikurangkan kerana perlu menanggung ibu bapa yang uzur.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Amalina Basirah membenarkan jaminan sebanyak RM3,500 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan, seorang jurujual sebuah kedai emas ditahan kerana disyaki memalsukan invois serta resit untuk mengambil barang kemas bernilai RM12,838.

ARTIKEL BERKAITAN:Jurujual kedai emas pecah amanah diberkas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!