Dua maut, sembilan cedera dalam letupan di Kabul

Letupan di Police District 18 Kabul, Afghanistan mengakibatkan dua terbunuh, manakala sembilan lagi cedera. - Foto Agensi
Letupan di Police District 18 Kabul, Afghanistan mengakibatkan dua terbunuh, manakala sembilan lagi cedera. - Foto Agensi
A
A
A

KABUL - Seramai dua orang maut manakala sembilan lagi cedera akibat letupan di Police District 18 Kabul, Afghanistan, pada petang Khamis, kata jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran.

Beliau berkata, kejadian berlaku di pasar dan pihak polis telah memulakan siasatan.

Saksi mendakwa letupan berlaku kira-kira jam 7.30 malam waktu tempatan di kawasan Dasht-e-Barchi.

Ini adalah letupan kedua di Dasht-e-Barchi sejak dua minggu lepas, yang mengakibatkan tiga buah kereta musnah. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!