Pilihan raya umum Pakistan diadakan Januari tahun depan

Pilihan raya umum Pakistan diadakan Januari tahun depan. - Foto Reuters.
Pilihan raya umum Pakistan diadakan Januari tahun depan. - Foto Reuters.
A
A
A

ISLAMABAD - Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) mengumumkan bahawa pilihan raya umum negara itu akan diadakan tepat pada masanya iaitu pada minggu terakhir Januari 2024, lapor Xinhua.

"Semua persiapan pilihan raya telah selesai," menurut ECP dalam satu kenyataan pada Khamis, namun persempadanan semula kawasan dan tarikh sebenar pilihan raya akan diumumkan kemudian.

"Fasa pertama persempadanan semula telah selesai dan fasa kedua penyerahan bantahan akan selesai esok," menurut suruhanjaya itu.

ECP berkata, bantahan mengenai persempadanan, dijadual berlangsung pada 30 dan 31 Oktober, manakala senarai muktamad akan diterbitkan pada 30 November. - Bernama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!