Vladimir Putin masih hidup

Vladimir Putin - Foto Agensi
Vladimir Putin - Foto Agensi
A
A
A

MOSCOW - Kremlin mengeluarkan penafian luar biasa kepada pembohongan bahawa Vladimir Putin telah meninggal dunia di istana mewahnya di hutan Valday.

Berita palsu kematian Presiden Rusia itu muncul di tengah-tengah dakwaan 'rampasan kuasa' sedang berlaku di Moscow.

Kematian Putin disebarkan oleh sebuah akaun Telegram yang sejak berbulan-bulan melaporkan bahawa pemimpin berusia 71 itu menghidap kanser dan sedang tenat.

Malah pengendali akaun Telegram tersebut mendakwa Putin yang sering dilihat ketika ini adalah seorang penyamar yang dilatih untuk berjalan serta berperwatakan seperti pemimpin itu.

"Ini satu lagi maklumat yang tidak masuk akal.

"Putin masih hidup dan tiada rampasan kuasa dalaman sedang berlaku.

"Ini satu lagi helah politik murahan yang cuba gugat kestabilan Rusia," kata jurucakap presiden, Dmitry Peskov.

Awal minggu ini, Peskov turut menafikan bahawa Putin mengalami serangan jantung.

Artikel Berkaitan:

Tahun lalu, Putin dikatakan menggunakan khidmat penyamar yang mempunyai rupa paras seperti dirinya bagi tujuan keselamatan.

Pemimpin Rusia itu ditawarkan untuk menggunakan khidmat seorang penyamar sebagai langkah perlindungan peribadi ketika konflik Chechnya berlangsung, namun menolak tawaran tersebut. – Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!