Senator 18 tahun

Pada masa ini terdapat 70 orang ahli Dewan Negara, tidak seorang pun yang mewakili generasi Undi18. - Gambar hiasan
Pada masa ini terdapat 70 orang ahli Dewan Negara, tidak seorang pun yang mewakili generasi Undi18. - Gambar hiasan
A
A
A

AWANG sokong penuh cadangan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk memberi peluang kepada mereka yang berusia 18 tahun menjadi senator.

Hal ini tentulah sesuai dengan keputusan untuk membolehkan mereka yang berusia 18 tahun mengundi (Undi18).

Memang bagus sangat suara generasi muda didengar di Dewan Negara.

Memang sudah sampai masanya kita mendengar aspirasi dan kehendak mereka pada peringkat tertinggi.

Selama ini mereka yang boleh dilantik senator hanyalah yang berusia atas 30 tahun.

Demografi negara sudah berubah. Generasi muda mewakili jumlah yang besar dalam peratusan penduduk. Mereka tentulah berhak bersuara di Dewan Negara.

Pada masa ini terdapat 70 orang ahli Dewan Negara, tidak seorang pun yang mewakili generasi Undi18.

Sudah tentulah cadangan ini memerlukan masa untuk dilaksanakan. Tetapi langkah ke arah itu harus bermula sekarang.

Pihak Jabatan Peguam Negara harus membantu merangka sebarang pindaan yang perlu pada Perlembagaan sedia ada.

Mereka yang dilantik nanti boleh datang dari pelbagai lapangan, termasuk perwakilan pelajar universiti.

Begitu juga mereka yang mewakili badan-badan belia seperti yang dicadangkan oleh Wan Junaidi.

Hapuskan akta lapuk

Artikel Berkaitan:

AWANG sokong Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yang mencadangkan dihapuskan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dalam ucapan beliau sewaktu membahaskan Belanjawan 2024.

Bagaimanapun beliau mengakui memang ada rahsia yang membabitkan aspek keselamatan negara yang harus dilindungi.

Menurut Syahredzan, kita perlu bermula dengan asas bahawa semua maklumat bebas diakses melainkan ia dikategorikan sebagai keselamatan negara.

Dengan pembebasan daripada akta ini bermakna rakyat akan lebih diperkasakan dengan maklumat.

Sebelum ini pun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dilaporkan berkata, OSA akan dimansuhkan dan diganti dengan Akta Kebebasan Maklumat.

Menurut menteri yang bertanggungjawab ke atas portfolio undang-undang tersebut, beberapa bahagian OSA akan dimasukkan dalam undang-undang baharu itu nanti.

Hal ini telah lama dituntut oleh banyak pihak. Akta ini ada kalanya disalahgunakan bagi melindungi salah laku dan skandal dalam kerajaan.

Pada pandangan Awang, inilah masa yang sesuai juga untuk memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang lapuk dan tidak relevan lagi.

Pada waktu yang sama, beberapa peruntukan dalam Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 yang mengekang kebebasan bersuara dan media perlu juga dikaji semula.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!