KPT serah kepada IPT tunjuk solidariti kepada Palestin

Mohamed Khaled
Mohamed Khaled
A
A
A

KOTA TINGGI - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan kepada pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menunjukkan solidariti kepada Palestin dalam apa jua bentuk dan cara masing-masing.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana setiap IPT mempunyai garis panduan serta kebebasan, dan boleh mengatur sebarang program yang dirasakan sesuai mengikut perancangan masing-masing.

"Kena faham, di KPT kita bukan mengawal dan menentukan semua perkara di universiti, (kerana) setiap universiti ada peraturan dan panduan masing-masing dan kita bukan seperti sekolah,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Kesihatan Madani bersama MegaKlinik QMS Kota Tinggi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika dirujuk mengenai langkah Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu bermula 29 Okt hingga 3 November ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!