KPM tetap teruskan kempen Solidariti Palestin di sekolah

Fadhlina (tiga dari kanan) dan Kok Chin (kiri) ketika melancarkan Taman Angkat Amanita Taman Pekaka Seberang Perai Selatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah pada Sabtu.
Fadhlina (tiga dari kanan) dan Kok Chin (kiri) ketika melancarkan Taman Angkat Amanita Taman Pekaka Seberang Perai Selatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah pada Sabtu.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kekal untuk melaksanakan Minggu Solidariti Palestin bermula pada 29 Oktober hingga 3 November ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kempen Solidariti Palestin di sekolah adalah digalakkan dan dilihat penting untuk kita memahamkan nilai-nilai positif dalam kalangan anak murid.

Bagaimanapun, katanya, KPM tidak berkompromi dengan unsur-unsur ekstremis, keganasan, replika dan senjata-senjata yang sama sekali tidak dibenarkan.

"Kita minta semua pihak di bawah institusi pendidikan beri perhatian penuh kepada garis panduan yang kita keluarkan.

"Sebab itu Solidariti Palestin ini kita buat dalam tempoh yang terhad 29 Oktober hingga 3 November sahaja supaya kita boleh kawal dan pantau selain daripada itu mana-mana sekolah yang melanggar garis panduan ini akan kita ambil tindakan yang sewajarnya," katanya ketika ditemui pemberita pada Sabtu.

Sebelum itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal menghadiri Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Taman Pekaka Seberang Perai Selatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah, di sini.

Hadir sama, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin.

Pada Jumaat tular tular video berdurasi 55 saat di aplikasi X dan TikTok yang antaranya memaparkan seorang lelaki memegang replika senapang dalam satu program di sebuah sekolah.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenainya, Fadhlina berkata, perkara itu masih dalam siasatan dan pihaknya masih menunggu laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri untuk tindakan lanjut

"Kita dah arahkan siasatan mesti menyeluruh mesti ada laporan sebelum kita ambil apa-apa tindakan.

"Penganjuran Solidariti Palestin mesti ikut garis panduan yang telah kita sediakan, pastikan aktiviti ini berlangsung dalam keadaan harmoni dan angkat tema kemanusiaan, kedamaian dan keamanan sejagat," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!