'Pergolakan PN-Pas Perlis mampu diselesaikan'- Tun M

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad percaya pergolakan yang berlaku antara Perikatan Nasional (PN) dan Pas Perlis mampu diselesaikan.

Menurutnya, perbalahan dalam politik bukan perkara baharu dalam mana-mana pimpinan.

"Pergolakan politik berlaku di mana-mana sahaja dan dalam kerajaan hari ini pun sama juga situasinya.

"Tapi saya yakin mereka dapat atasi masalah ini dengan baik," katanya dalam sidang akhbar Himpunan Seribu Wanita Melayu bertempat di Ideal Convention Centre (IDCC) dekat sini pada Sabtu.

Pada 26 Oktober lalu, media tempatan melaporkan, kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis, Abu Bakar Hamzah yang mendakwa wujud rasa tidak selesa dalam gabungan parti tersebut ekoran pergolakan dalaman yang berlaku dalam Pas Perlis.

Susulan itu, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, tiada pergolakan dalaman Pas di negeri tersebut, namun pihaknya sedar kewujudan segelintir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN yang berterusan mengkritik kerajaan negeri.

Artikel berkaitan: 'Mana ada Pas, PN Perlis bergolak?'

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!