Johor Jewels kian garang, Negeri Sembilan Venom akhirnya menang

Dynamites (jersi hijau) akan menentang Jewels dalam aksi terakhir peringkat liga di Stadium Juara, Bukit Kiara pada jam 5 petang Ahad. - Foto NSL
Dynamites (jersi hijau) akan menentang Jewels dalam aksi terakhir peringkat liga di Stadium Juara, Bukit Kiara pada jam 5 petang Ahad. - Foto NSL
A
A
A

JOHOR Jewels membuktikan statusnya sebagai penyandang juara apabila mengekalkan momentum positif dalam saingan Liga Super Bola Jaring (NSL) 2023.

Skuad bimbingan Tracey Robinson menjadikan Selangor Angels sebagai mangsa terbaharu apabila menundukkan lawan 78-31 dalam aksi di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Sabtu.

Kemenangan itu menyaksikan Jewels melakar rekod bersih menang kesemua enam perlawanan untuk mengutip 18 mata.

Tempat ke separuh akhir sudah berada dalam tangan, biarpun berbaki satu lagi aksi menentang pendatang baharu, Putrajaya Dynamites pada Ahad.

No Image Caption

Bagaimanapun bagi pengurusnya, M Juanita Primrose perjuangan mereka belum selesai dan mahu para pemain memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan tersebut.

"Kita ada satu lagi aksi menentang Dynamites esok (Ahad). Fokus kita adalah kepada perlawanan itu," katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.

Dynamites turut meneruskan rentak kemenangan apabila menundukkan Perak Phoenix 64-50.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan itu mencerahkan peluang Dynamites yang dibimbing Puah Pei San untuk ke separuh akhir setelah mengumpul 15 mata hasil daripada lima kemenangan.

Pei San meluahkan rasa puas hati dengan kemenangan itu, namun beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi memantapkan pasukan menjelang pertemuan dengan juara bertahan pada Ahad.

"Walaupun menang ke atas Phoenix terdapat beberapa aspek perlu dibaiki bagi mengharungi aksi menentang Jewels," katanya.

Dalam pada itu, KL Wildcats juga enggan mengalah untuk berada dalam kelompok tiga teratas carta NSL berkongsi 15 mata dengan Dynamites setelah menewaskan Terengganu Marvels 48-38.

Sementara itu, Negeri Sembilan Venom melakar kemenangan pertama musim ini setelah menundukkan Pahang Tulips 41-37.

Pengurus Venom, Rahayu Mohd Razali gembira dengan kemenangan itu dan menyifatkan pemain sudah mendapat momentum terbaik menerusi percaturan meletakkan pemain muda di bahagian pertahanan.

Aksi pemain Jewels, An Najwa Azizan (kanan) ketika menentang Angels dalam saingan NSL 2023 di Bukit Kiara pada Sabtu. - Foto NSL
Aksi pemain Jewels, An Najwa Azizan (kanan) ketika menentang Angels dalam saingan NSL 2023 di Bukit Kiara pada Sabtu. - Foto NSL

"Bagi aksi terakhir esok (Ahad) para pemain akan lebih fokus untuk memberi saingan kepada pasukan lawan," katanya.

Selain aksi tumpuan Jewels menentang Dynamites pada jam 5 petang, Wildcats akan membuka tirai saingan pada jam 10 pagi menguji Venom, disusuli pada pukul 12 tengah hari menemukan Perak Phoenix dengan pasukan tercorot Pahang Tulips.

Terengganu Marvels pula akan membuat perhitungan dengan Selangor Angels pada jam 3 petang.

Berdasarkan format kejohanan empat pasukan teratas akan meraih slot separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 4 November, manakala aksi final keesokannya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!