KUFC sekat JDT berpesta gol di Kelantan

Pemain JDT, Oscar Pasero Arribas (kanan) diasak pemain Kelantan United FC, Dominik Balic dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam ini. - Foto Bernama
Pemain JDT, Oscar Pasero Arribas (kanan) diasak pemain Kelantan United FC, Dominik Balic dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

KELANTAN United FC (KUFC) mencipta kejutan apabila berjaya menyekat Johor Darul Takzim (JDT) berpesta gol selepas sekadar meraih dua jaringan ketika bertandang di Stadium Sultan Muhammad IV dalam aksi Liga Super pada Sabtu.

Awal separuh masa pertama menyaksikan percubaan demi percubaan dilakukan oleh pemain pelawat dan tuan rumah, namun tidak membuahkan hasil.

Penjaga gol KUFC, Mohd Shahril Sa'ari dilihat bertenaga dan berjaya menyelamatkan Kelantan selepas beberapa kali pemain JDT cuba melepasi gawang gol.

Perlawanan pada separuh masa pertama diteruskan dengan kedua-dua pasukan berusaha menembusi gawang gol.

Pada minit ke-7, Mohd Shahril Sa'ari menyelamatkan gol KUFC daripada sepakan laju Fernando Martin Forestieri.

KUFC meneruskan aksi melalui hantaran Ismaheel Akinade pada minit ke-20, namun dipersiakan rakan sepasukan Jose Elmer Porteria.

Tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapat mata pemain JDT terus berusaha mengasak tuan rumah.

Sepakan pemain JDT, Takahiro Kunimoto dilihat beberapa kali melepasi gawang gol termasuk sepakan sudut pada pada minit ke-33.

Artikel Berkaitan:

Percubaan import JDT itu pada minit ke-36 dan 39 turut disekat penjaga gol KUFC.

Keputusan separuh masa pertama seri 0-0.

Bersambung babak kedua, JDT mengubah tektikal dengan menukar pemain Shahrul Mohd Saad dengan Muhammad Syafiq Ahmad.

Bagaimanapun, beberapa minit kemudian pemain JDT, Muhammad Shahmi Safari dilayangkan kad kuning selepas mengasari anak buah Alton Dos Santos Silva, Ismaheel Akanade.

Tuan rumah kemudian dikejutkan dengan rembatan kencang Fernando Foresteri pada minit ke-74 yang akhirnya menghadiahkan satu gol kepada JDT.

Usaha pasukan pelawat juga berbaloi selepas dihadiahkan gol kedua pada minit akhir perlawanan oleh Bergson Da Silva.

Perlawanan tamat dengan keputusan KUFC 0, JDT 2.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!