Bintang sitkom Friends, Matthew Perry meninggal dunia

Perry ditemui lemas di dalam jakuzi di rumahnya di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS). Foto Instagram Matthew Perry
Perry ditemui lemas di dalam jakuzi di rumahnya di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS). Foto Instagram Matthew Perry
A
A
A

[DIKEMAS KINI] SALAH seorang bintang dalam siri sitkom 'Friends', Matthew Perry dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 54 tahun.

Menurut laporan portal TMZ, pihak berkuasa memaklumkan pelakon itu ditemui lemas di dalam jakuzi di rumahnya di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Polis tidak menemui dadah atau sebarang unsur jenayah di tempat kejadian.

Perry terkenal dengan watak Chandler Bing dalam Friends yang sangat popular di NBC.

Sitkom tersebut disiarkan selama 10 musim dari 1994 hingga 2004.

Artikel Berkaitan:


Selain Perry, Friends turut dibintangi Jennifer Aniston, Lisa Kudrow, Courtney Cox, David Schwimmer dan Matt LeBlanc. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!