DBKL sapu bersih Bukit Bintang

Selain aktiviti gotong-royong, kempen kesedaran berkaitan penjagaan alam sekitar, kebersihan dan penjagaan kesihatan turut diadakan. - Foto DBKL
Selain aktiviti gotong-royong, kempen kesedaran berkaitan penjagaan alam sekitar, kebersihan dan penjagaan kesihatan turut diadakan. - Foto DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kira-kira 1,000 sukarelawan 'sapu bersih Bukit Bintang' menerusi Program Kempen Kebersihan Bukit Bintang Jom Bersih Bukit Bintang 20 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan program itu dianjurkan melalui Local Agenda 21 Kuala Lumpur dan Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

"Program Jom Bersih diadakan dua kali setahun dan merupakan salah satu aktiviti untuk mencapai matlamat SDG ke 11 iaitu Bandar dan Komuniti Mampan.

"Usaha-usaha ini bagi meningkatkan tahap kebersihan dan keindahan bersama komuniti di samping memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menjaga kebersihan dan alam sekitar," katanya.

Terdahulu, program tersebut dirasmikan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, DBKL, Badrul Hisham bagi mewakili Datuk Bandar.

Program dirasmikan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, DBKL, Badrul Hisham (lima kiri). - Foto DBKL
Program dirasmikan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, DBKL, Badrul Hisham (lima kiri). - Foto DBKL

Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Selain aktiviti gotong-royong, kempen kesedaran berkaitan penjagaan alam sekitar, kebersihan dan penjagaan kesihatan turut diadakan.

Artikel Berkaitan:

DBKL turut memaklumkan program itu juga bertujuan menanam rasa sayang komuniti setempat dalam menjaga dan memulihara alam sekitar serta kebersihan persekitaran, selain bekerjasama dengan rakan kongsi dan masyarakat setempat serta menggalakkan amalan sihat dalam kalangan warga kota.

"Seramai 1,000 orang peserta daripada 44 organisasi kerajaan, swasta, institusi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir memeriahkan program Jom Bersih Bukit Bintang ke-20 dengan tema 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama' pada kali ini," tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!