Daging katak: NSK mohon maaf secara terbuka

Tangkap layar kenyataan di Facebook NSK (Kanan: Laporan Sinar Harian pada Selasa)
Tangkap layar kenyataan di Facebook NSK (Kanan: Laporan Sinar Harian pada Selasa)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Syarikat NSK Trade City Sdn Bhd (NSK) membuat permohonan maaf secara terbuka selepas salah satu pasar raya mereka didapati menjual daging didakwa daging katak.

NSK dalam satu kenyataan memaklumkan syarikat berkenaan sedar isu tersebut adalah sangat serius dan tindakan sudah diambil bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

"Kami memohon maaf atas insiden yang berlaku pada 24 Oktober lalu.

"Kami faham tahap keseriusan isu ini dan tindakan telah diambil serta-merta. Amaran keras juga telah diberikan kepada pekerja yang terlibat," menurut kenyataan itu.

Sebelum itu, tular di media sosial mengenai daging dipercayai adalah daging katak yang dijual bersama barang lain di pasar raya NSK di Selayang.

Difahamkan siasatan lanjut dibuat NSK mendapati pengedar menghantar barangan terbabit bersama tempahan lain dan diletak di bahagian jualan barang basah.

Pekerja yang menguruskan bahagian tersebut membuka dan mempamerkan daging berkenaan tanpa mengetahui ia adalah daging katak.

Selepas ia dimaklumkan kepada pekerja pasar raya berkenaan, daging itu kemudiannya dialihkan dari meja jualan.

Artikel Berkaitan:

Tambah kenyataan itu lagi, pihaknya akan memastikan tidak ada lagi kejadian seumpama itu berulang.

"Kami memohon maaf akan memastikan sebaik-baiknya tidak berlaku lagi kesilapan tersebut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!