Kolej Cosmopoint Kuantan jalin kerjasama dengan 12 agensi di Pahang

Muhammad Najmie (tujuh dari kiri), Pengurus Cawangan, Mohd Hafiz Mohd Sukor (tiga dari kiri) dan Ketua Eksekutif Kolej Cosmopoint Kuantan, Zurina Zuldin (lapan dari kanan) bergambar bersama wakil agensi, syarikat dan pertubuhan di negeri ini menjalin kolaborasi melalui Mou/NoU dengan kolej itu sempena Majlis Aspirasi Kecemerlangan dan Penyerahan Mou/NoU Kolej Cosmopoint Kuantan 2019 di sini kelmarin.
Muhammad Najmie (tujuh dari kiri), Pengurus Cawangan, Mohd Hafiz Mohd Sukor (tiga dari kiri) dan Ketua Eksekutif Kolej Cosmopoint Kuantan, Zurina Zuldin (lapan dari kanan) bergambar bersama wakil agensi, syarikat dan pertubuhan di negeri ini menjalin kolaborasi melalui Mou/NoU dengan kolej itu sempena Majlis Aspirasi Kecemerlangan dan Penyerahan Mou/NoU Kolej Cosmopoint Kuantan 2019 di sini kelmarin.
A
A
A

KUANTAN - Kolej Cosmopoint Kuantan menjalin kerjasama bersama 12 agensi di negeri ini sebagai salah satu usaha dalam menjayakan Program Gerenti Kerja (GERAK) yang akan dilaksanakan di semua Kolej Cosmopoint bermula Januari tahun depan.

Kerjasama tersebut melibatkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Pahang, Sirim Berhad, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang dan sembilan syarikat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Pegawai Operasi Cosmopoint Sdn Bhd, Muhammad Najmie Noordin berkata, Program GERAK yang dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 23 Ogos lalu dirangka khusus bagi pelajar yang mengikuti program pengajian di semua Kolej Cosmopoint seluruh negara bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan.

Menurutnya, program yang pertama kali diperkenalkan di negara ini berlandaskan kepada tiga teras utama iaitu menawarkan program dan silibus bertepatan dengan kehendak industri.

"Selain itu, program juga fokus kepada program latihan dan modul tambahan intensif bagi kebolehpasaran kerja selain membina jalinan kerjasama industri untuk penempatan pekerjaan serta menambah baik silibus.

"Justeru, melalui Program GERAK, pelajar layak menerima pulangan yuran sehingga 50 peratus sekiranya gagal mendapat pekerjaan tetap dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Aspirasi Kecemerlangan dan Penyerahan Memorandum/Nota Persefahaman (Mou/NoU) Kolej Cosmopoint Kuantan 2019 di sini kelmarin.

Turut hadir, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Pahang, Datuk Idros Yahya, Pengarah Sirim Wilayah Timur, Bahrim Yunos dan Yang Dipertua DPMM Pahang, Yusri Yusof.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Najmie berkata, kerjasama dengan agensi-agensi di negeri ini melibatkan hal berkaitan pendidikan, program latihan dan kerjaya yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

"Ia termasuk peluang latihan industri bagi pelajar Kolej Cosmopoint dan kerjasama dalam melaksanakan program khidmat masyarakat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!