Lelaki ditahan rogol anak hingga hamil
MUAR - Seorang remaja perempuan yang tinggal di sebuah kampung di sini mendakwa menjadi hamba seks bapanya sejak berusia enam tahun dan kini didapati mengandung hasil hubungan terlarang itu.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa berusia 17 tahun datang sendiri membuat pengakuan tersebut di balai polis pada Sabtu.
"Mangsa membuat aduan telah dirogol oleh bapanya tanpa kerelaan. Mangsa yang merupakan wanita tempatan telah mendapati dirinya mengandung hasil ujian saringan air kencing.
"Susulan itu bapanya warganegara tempatan berumur 41 tahun telah ditangkap oleh pihak polis," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati remaja berkenaan yang masih bersekolah menjadi mangsa bapanya sejak berumur 6 tahun sehingga kini.
Tambahnya, suspek direman selama tujuh hari bermula Ahad sehingga 4 November bagi membantu siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!