Angka kematian akibat taufan Otis meningkat kepada 39 orang

No Image Caption
A
A
A

MEXICO CITY - Angka kematian akibat Taufan Otis telah meningkat kepada 39 orang di negeri Guerrero selatan Mexico dengan 10 orang dilaporkan hilang, kata kerajaan Mexico pada Sabtu, lapor Xinhua.

Suruhanjaya Elektrik Persekutuan berkata, kira-kira 80 peratus infrastruktur hotel dianggarkan telah rosak manakala perkhidmatan penting terputus.

Bekalan elektrik kepada kira-kira 55 peratus pelanggan telah dipulihkan, ksta suruhanjaya itu.

"Kami akan membantu semua penduduk Acapulco dan semua yang terjejas, kami akan memulihkan semula Acapulco. Itu adalah ikrar saya," kata Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador.

Otis melanda pantai Guerrero pada Rabu sebagai ribut kategori lima dalam skala Saffir-Simpson, mengakibatkan kerosakan teruk terutamanya di pusat peranginan pelancongan popular Acapulco. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!