[VIDEO] 'Jika NSFC ada kesebelasan terbaik, boleh saingi Kedah' - Devan

A
A
A

MASALAH kecederaan dan ketiadaan ramai pemain utama menyaksikan Negeri Sembilan FC gagal untuk memberikan saingan kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC apabila tewas 3-0 pada saingan Liga Super 2023 di Alor Setar pada Sabtu.

Pengendali Hobin Jang Hobin, K Devan berkata, jika beliau dapat menurunkan kesebelasan terbaiknya pasti pasukan pelawat mampu memberikan saingan sengit kepada KDA FC.

Menurutnya, kehilangan beberapa pemain utama seperti Herold Goulon yang cedera dan Tommy Mawat, Hasbullah Abu Bakar serta Mahalli Jasuli digantung perlawanan memberikan kesukaran kepada pasukannya terutama di posisi pertahanan.

"Saya tengok prestasi Kedah tidak seperti saya harapkan, kita tidak bermain dengan baik tapi kita masih mampu bertahan.

"Bayangkan jika kita ada pemain berkualiti di bahagian serangan, tengah dan pertahanan, saya rasa kita mampu beri saingan kepada Kedah.

"Mungkin daripada segi pemain yang membezakan kedua-dua pasukan terutamanya pemain import," katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman pada Sabtu.

Pemain KDA FC, Manuel Hidalgo (kanan) cuba melepasi kawalan dua pemain NSFC pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman pada Sabtu. - Foto Negeri Sembilan FC
Pemain KDA FC, Manuel Hidalgo (kanan) cuba melepasi kawalan dua pemain NSFC pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman pada Sabtu. - Foto Negeri Sembilan FC

Jelas Devan, kerapuhan barisan pertahanannya dimanfaatkan oleh Sang Kenari untuk menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama dan satu gol lagi pada separuh masa kedua.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, NSFC juga mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol, namun jika mereka mempunyai penyerang yang berkualiti mungkin dapat diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

"Kita cuti sebelum ini, kembali berlatih dalam tempoh masa yang pendek dan tidak cukup untuk mengekalkan tahap kecergasan para pemain.

"Jika kita mampu (tingkatkan tahap kecergasan) kita boleh bermain dengan lebih baik," ujar beliau lagi.

Kekalahan tersebut menyaksikan NSFC turun ke tangga 10 carta Liga Super dan mengumpul sebanyak 21 mata selepas 23 perlawanan.

NSFC bakal menerima kunjungan PDRM FC pada 25 November depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!