4,000 bendera Palestin terjual dalam dua jam

Orang ramai mengerumuni khemah jualan barangan Palestin milik Ahmad Badiuzzaman di Changlun.
Orang ramai mengerumuni khemah jualan barangan Palestin milik Ahmad Badiuzzaman di Changlun.
A
A
A

ALOR SETAR - Sebanyak 4,000 bendera Palestin bersaiz kecil habis dijual dalam tempoh dua jam sempena Minggu Solidariti Palestin di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat negeri Kedah pada Sabtu.

Pengusaha AZ MAZA Enterprise, Ahmad Badiuzzaman Nor Azlan berkata, bendera yang dijual pada harga RM5 itu mendapat sambutan kerana saiznya yang mudah dibawa oleh pelajar.

Katanya, kebanyakan sekolah juga telah menempah bendera terbabit lebih awal kerana khuatir kehabisan stok kerana permintaan yang tinggi.

Ahmad Badiuzzaman sedang mencetak logo pada baju T di kilangnya di Alor Setar pada Ahad.
Ahmad Badiuzzaman sedang mencetak logo pada baju T di kilangnya di Alor Setar pada Ahad.

"Saya pun tidak menyangka solidariti Palestin kali ini sangat meriah dan ramai yang mengadakannya secara besar-besaran.

"Pada 2021 pun kami sudah jual barangan Palestin tetapi sambutan ketika itu tidak semeriah ini, mungkin kali ini disebabkan peperangan di sana makin dahsyat, maka kesedaran masyarakat pun meningkat," katanya ketika ditemui di kedainya di Shahab Perdana di sini pada Ahad.

Menurutnya, pada tahun ini mereka mula menjual barangan Palestin kira-kira dua minggu lalu di sekitar Changlun dan Alor Setar.

"Selain bendera bersaiz kecil turut mendapat sambutan adalah bendera bersaiz besar, mafla, kain pengikat kepala dan baju T.

Artikel Berkaitan:

"Sekarang ini untuk bendera kecil kami sudah kehabisan stok, dan stok baharu akan masuk semula pada Selasa ini," katanya.

Ahmad Badiuzzaman menunjukkan mafla bagi menunjukkan solidariti Palestin yang dijualnya.
Ahmad Badiuzzaman menunjukkan mafla bagi menunjukkan solidariti Palestin yang dijualnya.

Ahmad Badiuzzaman berkata, selain sekolah, agensi-agensi kerajaan juga banyak membuat tempahan daripada mereka.

"Sekarang ini semua pihak semakin agresif menunjukkan solidariti, kibaran bendera Palestin kita boleh lihat di mana- mana sahaja," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!