Video tular jambatan retak bukan di Pulau Pinang

Video yang memaparkan retakan pada struktur jambatan seperti yang tular di media sosial.
Video yang memaparkan retakan pada struktur jambatan seperti yang tular di media sosial.
A
A
A

GEORGE TOWN - Video yang memaparkan retakan pada struktur jambatan seperti yang tular di media sosial sejak Ahad bukan melibatkan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) atau Jambatan Kedua di negeri ini.

Perkara itu disahkan syarikat pengendali jambatan terbabit, Jambatan Kedua Sdn Bhd dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, JKSB telah menerima rakaman video berdurasi 28 saat yang mendakwa wujud kesan retakan pada struktur pembinaan JSAHMS.

"Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati struktur JSAHMS dengan jambatan dalam video berkenaan adalah tidak sama sekali gus membuktikan ia bukan JSAHMS.

"Sehubungan itu, pihak JKSB meminta kerjasama daripada semua pihak agar tidak menularkan video tersebut bagi mengelakkan timbul kegusaran serta salah faham dalam kalangan orang awam," katanya.

Pengguna juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!