Manifesto: GPS tawar 14 aku janji untuk PRK Jepak

Awang Tengah (empat dari kiri) bersama barisan kepimpinan GPS pada Pelancaran Manifesto GPS bagi PRK DUN Jepak. - Foto Bernama
Awang Tengah (empat dari kiri) bersama barisan kepimpinan GPS pada Pelancaran Manifesto GPS bagi PRK DUN Jepak. - Foto Bernama
A
A
A

BINTULU - Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini melancarkan manifestonya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak yang mengandungi tawaran pembangunan prasarana serta sosioekonomi buat penduduk kawasan itu.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan melancarkan manifesto itu yang menggariskan 14 teras utama.

Awang Tengah yang juga Pengarah Pilihan Raya GPS Jepak berkata, antara tawaran itu termasuk menyediakan rumah mampu milik, memperbanyak skim penempatan semula, pembesaran kampung serta baik pulih dan bantuan pembinaan rumah panjang.

"Tawaran lain seperti menyediakan prasarana, latihan keusahawanan kepada golongan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS), peniaga serta penjaja.

"Manifesto ini ialah komitmen dan tekad kami. Ini bukan cakap kosong seperti yang dilakukan oleh calon lawan," katanya.

Awang Tengah berkata, GPS bukannya 'bertanam tebu di bibir' tetapi akan pastikan aku janji dan komitmen dalam manifesto itu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

PRK DUN Jepak menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon GPS Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Chieng Lea Phing.

PRK DUN Jepak pada 4 November ini diadakan susulan kematian penyandang kerusi berkenaan Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!