Karnival sukan di masjid capai matlamat

Berbagai acara sukan termasuk acara sukan traditional turut diadakan sempena Karnival Sukan Masjid Taman Subang Perdana 2023 pada Ahad.
Berbagai acara sukan termasuk acara sukan traditional turut diadakan sempena Karnival Sukan Masjid Taman Subang Perdana 2023 pada Ahad.
A
A
A

SUBANG JAYA - Konsep ibadah dan riadah santai dengan matlamat menarik minat golongan muda datang ke masjid sekali gus mengimarahkan institusi agama itu berjaya mencapai matlamat menerusi penganjuran Karnival Sukan Masjid Taman Subang Perdana (MTSP) 2023 pada Ahad

Pengurusan Masjid Taman Subang Perdana dalam satu kenyataan memaklumkan lebih 2,000 kariah menyertai karnival yang diadakan buat pertama sekali dalam sejarah dalam meraikan sambutan Hari Sukan Negara 2023.

Menurut kenyataan, dengan tema Sukan Pemangkin Perpaduan Ummah, karnival itu juga diadakan untuk merapatkan hubungan ahli kariah MTSP dengan pengurusan masjid seperti imam, bilal, siak dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid.

"Mesej yang ingin disampaikan ialah masjid bukan sahaja tempat kariah beribadah sebaliknya ia adalah pusat tumpuan untuk AJK serta pegawai masjid berinteraksi dengan masyarakat melalui sukan.

"Sukan juga merupakan satu platform untuk mencungkil bakat-bakat yang ada dalam kalangan ahli kariah yang bukan sahaja dari golongan dewasa malah golongan remaja serta kanak-kanak.

"Secara tidak langsung acara karnival dapat mendekatkan golongan belia remaja dengan suasana Masjid," kata pihak pengurusan masjid dalam kenyataan itu kepada Sinar Harian.

Karnival sukan ini juga diadakan untuk merapatkan hubungan ahli kariah MTSP dengan pengurusan masjid.
Karnival sukan ini juga diadakan untuk merapatkan hubungan ahli kariah MTSP dengan pengurusan masjid.

Berbagai acara sukan termasuk acara sukan traditional diadakan antaranya seperti sukan boling kelapa padang, baling tin susu dengan selipar, tiup gula dalam tepung, pukul belon air dan acara mewarna untuk kanak kanak.

Artikel Berkaitan:

"Pihak pengurusan masjid juga amat berterima kasih kepada Ahli Parlimen Sungai Buluh (Datuk Ramanan Ramakrishnan) kerana memberi sumbangan agar kami dapat menjayakan program kali ini.

"Malah pihak-pihak lain juga yang sudi memberikan sumbangan kewangan turut membolehkan kami membeli segala peralatan sukan baharu dan hadiah kepada peserta pertandingan," katanya.

Acara cabutan bertuah turut diadakan dan lebih menarik kebanyakan kariah yang terlibat dalam karnival sukan berkenaan tidak pulang tangan kosong sebaliknya mendapat hadiah.

Sehubungan itu, pihak pengurusan masjid turut berhasrat untuk menjadikan karnival sukan itu sebagai acara tahunan apabila maklum balas diterima sangat memberangsangkan.

Sebelum itu, Nazir Masjid Taman Subang Perdana, Yoes Amiruddin Abdul Malik ketika berucap berkata, beliau gembira serta terharu dengan sambutan luar dugaan ditunjukkan oleh ahli kariah masjid.

"Sehubungan itu, saya berharap sokongan padu seumpama ini akan berterusan dalam kita mengimarahkan masjid melalui aktiviti sukan dan riadah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!