Warga emas maut kereta dihempap pokok

Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 74 tahun terperangkap di dalam kenderaan tersebut dan tidak sedarkan diri. - Foto bomba
Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 74 tahun terperangkap di dalam kenderaan tersebut dan tidak sedarkan diri. - Foto bomba
A
A
A

POKOK SENA - Seorang warga emas ditemukan meninggal dunia dalam kereta yang dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Bukit Payong dekat sini, pada petang Ahad.

Pegawai Keluaran Operasi, PBK II Shahrin Musa berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pokok tumbang dan menghempap kereta pada jam 3.20 petang.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena digerakkan ke lokasi dengan kekuatan empat anggota.

"Setibanya pasukan di lokasi, didapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap sebuah kereta jenis Hyundai.

"Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 74 tahun terperangkap di dalam kenderaan tersebut dan tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pokok tumbang dan menghempap kereta pada jam 3.20 petang. - Foto bomba
Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pokok tumbang dan menghempap kereta pada jam 3.20 petang. - Foto bomba

Jelasnya, anggota BBP Pokok Sena mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan bantuan sebuah jentolak

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut sampai di lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Pihak bomba juga membuat kerja-kerja pemotongan pokok tumbang menggunakan gergaji berantai sehingga selesai sepenuhnya dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 5 petang," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, mangsa yang maut dikenali sebagai Ooi Boon Khak, 74, dan mayat telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!