Polis kesan pemandu e-hailing bantu siasatan kes kemalangan

Polis kesan pemandu kereta e-hailing bantu siasatan kes kemalangan di Jalan Dengkil/Bangi menghala ke Kajang, pada Sabtu.
Polis kesan pemandu kereta e-hailing bantu siasatan kes kemalangan di Jalan Dengkil/Bangi menghala ke Kajang, pada Sabtu.
A
A
A

SEPANG - Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta e-hailing bagi membantu siasatan kes kemalangan di Jalan Dengkil/Bangi menghala ke Kajang, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya terkesan satu video tular berdurasi 1 minit 29 saat memaparkan dua lelaki di dalam kereta jenis Perodua Bezza yang dalam keadaan berhenti.

"Dalam video tersebut ada dinyatakan kereta itu telah terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan lain sebelum itu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Wan Kamarul Azran berkata, semakan yang dibuat oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang mendapati kemalangan tersebut berlaku pada jam 7.52 pagi.

"Terdapat dua buah kenderaan yang terlibat dan tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan setakat ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan pemandu kereta Perodua Bezza itu.

"Kita sedang melakukan semakan nombor pendaftaran kenderaan serta berhubung dengan syarikat e-hailing bagi mendapatkan maklumat berkaitan pemandu kenderaan yang terlibat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!