Konflik Palestin-Israel: Pengerusi Muslim Care Malaysia selamat

Tangkap layar pesanan berkenaan oleh MCM Society di Instagram, pada malam Ahad.
Tangkap layar pesanan berkenaan oleh MCM Society di Instagram, pada malam Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Muslim Care Malaysia (MCM), Ahmad Abu Ayesh dan pasukannya dilaporkan selamat selepas beberapa hari terputus hubungan akibat tindakan sabotaj rejim Zionis Israel menyekat komunikasi telefon dan internet di Gaza.

Menurut Facebook MCM Society, pihaknya menerima perkhabaran baik itu pada jam 7.34 malam Ahad.

"Selepas beberapa hari tidak mendapat khabar berita daripada Ahmed Abu Ayesh.

"Alhamdulillah, memaklumkan mereka semua selamat," katanya.

Perkhidmatan komunikasi dan internet terputus sepenuhnya pada Jumaat susulan serangan tentera Israel ke atas menara telekomunikasi di Semenanjung Gaza.

Dalam pada itu, MCM turut berkongsi risalah yang disebarkan melalui udara oleh rejim Zionis, bertujuan untuk menyalahkan Hamas di atas konflik yang terjadi.

"Siapa yang dia (Israel) harapkan untuk percaya pembohongan itu?," soalnya.

Antara yang dinyatakan dalam risalah berkenaan ialah organisasi pengganas Hamas melakukan jenayah paling mengerikan terhadap kemanusiaan termasuk penyembelihan orang yang tidak bersalah.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, risalah itu menuduh Hamas merogol wanita dan penculikan kanak-kanak, wanita tua, keluarga dan warga asing daripada semua agama dan mazhab iaitu Yahudi, Kristian dan Islam.

Tindakan Hamas juga dikatakan bercanggah dengan agama Islam yang sebenar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!