City terlalu bagus untuk United

Haaland meledak dua gol ketika bertemu United. - Foto AFP
Haaland meledak dua gol ketika bertemu United. - Foto AFP
A
A
A

MANCHESTER City berjaya mempamerkan kualiti tersendiri selepas menumbangkan Manchester United 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford pada Ahad.

Bagaimanapun, pengendali City, Pep Guardiola berkata, kemenangan tersebut bukan mudah untuk dicapai walaupun United tidak berada pada tahap terbaik dalam perlawanan itu.

"Saya faham bahawa ia kelihatan mudah tetapi tidak. Saya menghormati United dengan apa yang telah mereka lakukan tetapi kami berada pada tahap terbaik terutamanya pada separuh masa kedua.

"Apabila anda kalah, ia adalah kerana mereka benar-benar bagus. Apabila kami menang, ia adalah kerana kami telah melakukan perkara yang baik juga. Bola sepak sentiasa begitu sukar untuk kekal konsisten.

"Gelaran terbesar kami adalah kejuaraan treble dan lima kali juara Liga Perdana Inggeris. Kami masih di sini dan konsisten.

Dalam perlawanan itu, penyerang sensasi City, Erling Haaland membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-26 sebelum menambah satu lagi gol pada minit ke-49.

Phil Foden melengkapkan kemenangan bergaya City pada minit ke-80 sekali gus meletakkan The Citizen di kedudukan ketiga EPL dua mata di belakang pendahulu, Tottenham Hotspur.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!