Lelaki ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta

Mangsa yang ditemui tidak sedarkan diri berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan selanjutnya.
Mangsa yang ditemui tidak sedarkan diri berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan selanjutnya.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta Perodua Myvi di sebuah pasar raya di Bandar Setia Alam, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan insiden itu daripada orang awam pada jam 7.54 malam.

"Mangsa berusia 28 tahun berasal Kota Bharu Kelantan itu dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian pemandu di dalam kereta berkenaan.

"Tindakan pantas daripada semua pihak berjaya menyelamatkan mangsa dan dia dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Iqbal berkata, siasatan pihak polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan pemeriksaan ke atas tubuh mangsa dapati tiada sebarang kecederaan fizikal.

"Sehingga kini, kita masih belum merakam keterangan mangsa, keadaannya stabil, namun masih lemah. Kes masih dalam siasatan.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Ketua Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam Inspektor Izzman Mohd Idrus ditalian 013-4003355 bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!