Menara KL dilimpahi lampu warna-warni bertemakan bendera Turkiye

Menara KL diterangi cahaya lampu berwarna-warni bertemakan warna bendera Turkiye sempena sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan Republik Turkiye, pada malam Ahad. - Foto Bernama
Menara KL diterangi cahaya lampu berwarna-warni bertemakan warna bendera Turkiye sempena sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan Republik Turkiye, pada malam Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menara KL diterangi cahaya lampu berwarna-warni bertemakan warna bendera Turkiye sempena sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan Republik Turkiye, pada malam Ahad.

Duta Besar Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel dalam ucapannya pada majlis itu berkata, 100 tahun lalu, Turkiye mengisytiharkan penubuhan republik itu selepas bertahun-tahun berperang dan Turkiye berjaya mencapai matlamat utamanya iaitu keamanan dan kemakmuran.

"Sejak hari kegemilangan 29 Oktober 1923, seratus tahun sudah berlalu, kini Turkiye yang mempunyai 85 juta penduduk menjadi antara negara paling maju di dunia.

"Selepas 100 tahun, kini kami berada dalam kalangan rakan-rakan di bandar raya Kuala Lumpur yang indah ini,” katanya.

Yuksel berkata, acara khas itu yang bermula 8 malam hingga 9 malam menunjukkan solidariti dan melambangkan hubungan yang istimewa antara Turkiye dan Malaysia.

"Pada kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan kepada pengasas Republik ini, Gazi Mustafa Kemal Ataturk dan rakan-rakan seperjuangan yang mengorbankan nyawa mereka demi mendapatkan kemerdekaan,” kata Yuksel. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!