Rafizi kembali ke Parlimen, rumus soal ekonomi

Rafizi Ramli - Foto Bernama
Rafizi Ramli - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli kembali semula ke Parlimen untuk sesi ucapan penggulungan berkaitan isu berkenaan kementeriannya selepas menjalani pemasangan stent jantung di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, ucapan tersebut dijangka bermula jam 2 petang dan akan merumuskan segala persoalan yang timbul berkaitan ekonomi negara.

“Pada petang ini saya akan menyampaikan ucapan penggulungan di Parlimen bagi merumuskan segala persoalan dan isu berbangkit berkisar tentang Kementerian Ekonomi.

“Sesi dijangka bermula sekitar jam 2 petang dan saya menjemput semua pihak untuk ikuti ucapan penggulungan ini secara langsung di semua platform media sosial,” katanya dalam satu hantaran di X pada Isnin.

Pada 21 Oktober lalu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan Rafizi dalam keadaan stabil selepas dilaporkan mengalami serangan jantung.

Susulan itu, Timbalan Presiden PKR tersebut telah selamat menjalani pemasangan stent jantung pada 25 Oktober lalu dan kini sedang berehat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!