JKM cari waris Hanesan

Hanesan
Hanesan
A
A
A

GEORGE TOWN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Timur Laut sedang mengesan waris kepada seorang lelaki dikenali sebagai Hanesan berusia anggaran 59 tahun yang telah menjadi penghuni di sebuah institusi JKM sejak 2009.

Pegawai Penguat Kuasa Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut, Md Sukri Md Eusop berkata, lelaki terbabit sebelum ini telah diselamatkan tanpa sebarang dokumen ketika bergelandangan di Jelutong, Pulau Pinang.

Menurutnya, individu berkenaan gagal untuk memaklumkan secara jelas berkaitan warisnya.

"Pihak JKM juga telah membuat carian cap jari dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun mendapati tiada rekod sepadan dijumpai bagi mengesahkan identiti penama," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Md Sukri berkata, orang ramai atau waris yang mempunyai maklumat mengenai individu terbabit diharap menghubungi Unit Penguatkuasaan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut di talian 04-2264531 atau 04-2277413 dengan kadar segera.

Jelasnya, ia bertujuan untuk membantu perihal penempatan dan penjagaan penama selanjutnya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!