Datasonic pamer teknologi Metaverse di NHCCE 202

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diberi penerangan oleh Datuk Syahril Abdullah semasa meninjau pameran Datasonic di Persidangan & Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2023 di Kuala Lumpur pada Isnin.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diberi penerangan oleh Datuk Syahril Abdullah semasa meninjau pameran Datasonic di Persidangan & Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2023 di Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

PENYEDIA penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berasaskan keselamatan terkemuka, Datasonic Group Berhad (Datasonic) terus memfokuskan untuk memacu inovasi dan transformasi digital dalam pembangunan modal insan.

Ketua Projek Khasnya, Datuk Syahril Abdullah berkata, sejajar dengan itu, pihaknya turut berganding bahu dengan pemain dinamik dalam landskap teknologi maya, Virtual Tech Frontier.

Ujarnya, kerjasama itu bertujuan menghasilkan penyelesaian tercanggih yang akan mengubah cara organisasi mendekati pembangunan tenaga kerja.

"Perkongsian ini memainkan peranan penting dalam menunjukkan aplikasi dunia sebenar teknologi Metaverse dalam bidang sumber manusia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan 2023 (NHCCE 2023) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC) Kuala Lumpur.

Orang ramai mengunjungi ruang pameran Datasonic.
Orang ramai mengunjungi ruang pameran Datasonic.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat ke persidangan tersebut.

Mengulas lanjut, Syahril berkata, penyertaan pihaknya menjadi bukti komitmen untuk memacu inovasi dan transformasi digital dalam pembangunan modal insan.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, menerusi persidangan itu, Datasonic mempamerkan penyelesaian Metaverse Termaju iaitu membolehkan organisasi mewujudkan persekitaran pembelajaran dan pembangunan yang mengasyikkan untuk pekerja masing-masing.

Ujarnya, penyelesaian berkenaan memanfaatkan realiti tambahan, realiti maya dan gamifikasi untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran.

Sementara itu, Syahril berkata, melalui penyertaan dalam NHCCE tahun ini juga pihaknya berhasrat untuk menjelaskan potensi besar ditawarkan Metaverse dalam merevolusikan pelbagai sektor, termasuk pembangunan modal insan.

Katanya, penyelesaian inovatif syarikat bertujuan memperkasakan organisasi untuk melibatkan diri, mendidik dan mengembangkan tenaga kerja dengan cara yang menarik dan dinamik.

“Penyertaan ini juga menunjukkan dedikasi teguh Datasonic ke arah memajukan perbualan mengenai masa depan pembangunan modal insan dalam dunia yang dipacu metaverse," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!