Tanpa bintang popular, Gemencheh Boys tetap mantap

No Image Caption
A
A
A

FILEM terbaharu terbitan Astro Shaw, Gemencheh Boys membuktikan sekiranya mempunyai jalan cerita yang mantap biarpun tanpa pelakon popular atau hebat, naskhah tersebut tetap boleh dijual.

Sejujurnya pada mula penulis tidak meletakkan jangkaan tinggi tatkala menyaksikan filem arahan Jason Chong dan Eric Ong ini, sementelah para pemain utamanya bukanlah daripada barisan pelakon muda yang dikenali.

Filem ini sebenarnya diceritakan sendiri oleh atlet kriket kebangsaan, Shafiq Sharif yang mewakili Malaysia untuk Piala Dunia Kriket pada tahun 2019 serta berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA 2017.

Namun enam bintang utama Gemencheh Boys iaitu Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq membuktikan mereka punya sesuatu untuk dipersembahkan meskipun tidak pernah bergelar anak wayang.

Secara ringkasnya filem ini mengisahkan sekumpulan budak kampung dari Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Negeri Sembilan yang digelar ‘Enam Jahanam’ tetapi berjaya menempa sejarah dalam dunia sukan antarabangsa.

Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar.
Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar.

Filem ini sebenarnya diceritakan sendiri oleh atlet kriket kebangsaan, Shafiq Sharif yang mewakili Malaysia untuk Piala Dunia Kriket pada tahun 2019 serta berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA 2017.

Naskhah yang mengangkat tema ‘no retreat, no surrender’ ini menyajikan sebuah jalan penceritaan yang ringkas tetapi penuh inspirasi apabila seorang guru bernama Cikgu Azman lakonan Pekin Ibrahim tidak putus asa untuk mengubah enam orang budak nakal di sekolahnya menjadi pasukan kriket yang akhirnya menempa nama di peringkat dunia.

Artikel Berkaitan:

Pekin berjaya menyempurnakan lakonan mantap sebagai cikgu Azman.
Pekin berjaya menyempurnakan lakonan mantap sebagai cikgu Azman.

Selain Pekin, filem ini turut dibintangi Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Zaidi Omar, Farah Ahmad, Azman Hassan dan Ieda Moien.

Filem ini pada dasarnya adalah sebuah jalan cerita yang 'straight forward' tetapi pada akhirnya akan menyentuh hati sesiapa sahaja yang menontonnya. Mempertaruhkan elemen persahatan dan semangat juang tinggi, naskhah ini nanti pastinya akan mengimbau zaman nakal kita ketika di zaman kanak-kanak bersama guru yang banyak memberi galakan dan dorongan pada kita.

Biarpun perlu berdepan dengan kedegilan enam anak muridnya, cikgu Azman tetap tidak berputus asa untuk membentuk mereka sebagai satu pasukan kriket yang berjaya.
Biarpun perlu berdepan dengan kedegilan enam anak muridnya, cikgu Azman tetap tidak berputus asa untuk membentuk mereka sebagai satu pasukan kriket yang berjaya.

Kudos buat Pekin yang berjaya menterjemahkan karakter Cikgu Azman dengan cukup baik. Biarpun ada ketikanya tampak tergeliat lidah menyebut dialek Negeri Sembilan, tetapi semua itu tidak ketara bagi mereka yang mungkin bukan berasal dari negeri adat pepatih itu.

Pada pandangan penulis, Gemencheh Boys sesuai untuk dijadikan sebuah lagi filem yang wajar ditonton oleh pelajar sekolah dan dijadikan inspirasi buat generasi muda.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!