Mydin lancar Warna Warni Deepavali

Majlis perasmian kempen disempurnakan Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V Papparaidu (tengah) di Mydin Subang Jaya di sini.
Majlis perasmian kempen disempurnakan Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V Papparaidu (tengah) di Mydin Subang Jaya di sini.
A
A
A

RANGKAIAN pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) melancarkan kempen sambutan Deepavali dengan tema 'Warna-Warni Deepavali' di sini pada Isnin.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, pelbagai program diatur akan berlangsung di Mydin sehingga 30 November depan antaranya 'Bombay Bazaar'.

Menurutnya, 'Bombay Bazaar' dengan kerjasama Taaka Lee Studio menawarkan pelbagai promosi makanan dan pakaian tradisional masyarakat India, persembahan kebudayaan serta dekorasi hiasan 'kolam' menarik.

"Bombay Bazaar ini melibatkan cawangan Mydin Mutiara Rini (Johor), Seremban (Negeri Sembilan), Jasin (Melaka), Subang Jaya (Selangor) dan Ipoh (Perak) serta Bukit Mertajam (Pulau Pinang)," katanya.

Ameer Ali Mydin
Ameer Ali Mydin

Terdahulu, majlis perasmian program sempena kempen sambutan Deepavali tersebut dirasmikan Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V Papparaidu di Mydin Subang Jaya di sini.

Dalam pada itu, Mydin dengan kerjasama Trichy Marketing Sdn Bhd dan pempegaruh digital, Chef Dave turut melancarkan video masakan vegetarian 15 hari 15 resipi 'Paati Veedu' bagi mempromosi keunikan dan keenakan masakan tradisi India.

Ameer memaklumkan pelanggan rangkaian pemborong dan peruncit halal itu boleh mendapatkan barangan masakan yang digunakan dalam video masakan menerusi aplikasi TikTok Shop Mydin Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Di samping itu, Mydin turut bekerjasama dengan rakan e-dompet, MCash bagi menawarkan pulangan tunai sebanyak RM10 bagi pengguna MCash yang berbelanja RM100 dalam satu resit pembelian," katanya.

Sementara bagi meraikan nasib golongan kurang bernasib baik sempena Deepavali, Mydin menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya, Mydin Prihatin menyumbangkan sejumlah dana dari pembelian produk jenama terpilih.

Ujarnya, usaha itu dilaksanakan dengan kerjasama rakan pembekal Mydin antaranya ialah Apurva Garden Tea, Medimix, Bansberry, Bestari, Beegeh, Buttercup, Enricos, Energizer, Fogg, Kawan, Sunrise Sunglow, Tisha's dan banyak lagi.

Ameer (dua kanan) bersama V Papparaidu (tiga dari kanan) menyerahkan Bakul Rahmah kepada penerima pada majlis perasmian.
Ameer (dua kanan) bersama V Papparaidu (tiga dari kanan) menyerahkan Bakul Rahmah kepada penerima pada majlis perasmian.

"Dana terkumpul tersebut akan disumbangkan kepada masyarakat India yang memerlukan dengan menyalurkan sebanyak 500 Bakul Rahmah secara berperingkat kepada keluarga masyarakat India.

"Kawasan berkenaan adalah di Subang Jaya dan Program Perumahan Rakyat Desa Mentari, Taman Medan (Selangor), Seremban (Negeri Sembilan), MITC (Melaka) dan Kulai (Johor)," katanya.

Beliau berkata, kestabilan dan kemakmuran yang dikecapi negara ketika ini adalah hasil kerjasama semua kaum sekali gus membolehkan setiap perayaan utama kaum di negara ini disambut bersama.

Tambahnya, Malaysia mampu mengecapi kemakmuran ketika banyak negara di dunia kini berdepan dengan isu hubungan perkauman kerana kepelbagaian budaya adalah sebahagian daripada warisan negara dan rakyat Malaysia bangga dengannya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!