Cadang bina balai bomba khusus AHTV

Abdul Wahab (duduk, tengah) bergambar bersama penerima Sijil 30 Tahun Perkhidmatan di JBPM Perak pada Isnin.
Abdul Wahab (duduk, tengah) bergambar bersama penerima Sijil 30 Tahun Perkhidmatan di JBPM Perak pada Isnin.
A
A
A

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merancang untuk menempatkan sebuah balai bomba baharu di Proton City dekat Tanjung Malim.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, cadangan itu melihatkan keperluan bagi melengkapkan Pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di kawasan industri berkenaan.

"Langkah awal kita adalah menaik taraf balai-balai bomba sedia ada dan pada masa sama, kita akan mohon diwujudkan sebuah balai bomba baharu bagi memenuhi AHTV.

"AHTV adalah satu industri besar yang memerlukan satu balai bomba khusus di kawasan pembangunan seperti yang diwujudkan di Kulim Hi-Tech di Kedah," katanya.

Abdul Wahab
Abdul Wahab

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 100 pegawai dan anggota bomba, 58 Sijil 30 Tahun Perkhidmatan dan Sijil Perkhidmatan Terpuji kepada 22 pegawai bomba bantuan (PBB) Tahun 2022 di JBPM Perak di sini pada Isnin.

Menurut Abdul Wahab, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan yang dalam pembinaan dijangka siap pada September tahun depan.

"Ada beberapa perancangan pembinaan balai baharu termasuk di kawasan Bagan Datuk. Kita sedang menyelesaikan isu tanah kerana melihatkan ada keperluan tetapi ia dalam pelan Belanjawan seterusnya.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, pembinaan balai yang diluluskan adalah di Johor Bharu Sentral, Johor di bawah Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Ke-12 bermula tahun 2024," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!