Pegawai Kementerian Luar meninggal dunia ketika daki Everest Base Camp

Seorang pegawai Kementerian Luar meninggal dunia pada Isnin ketika melakukan aktiviti pendakian ke Everest Base Camp. Foto hiasan
Seorang pegawai Kementerian Luar meninggal dunia pada Isnin ketika melakukan aktiviti pendakian ke Everest Base Camp. Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang pegawai Kementerian Luar Negeri berusia 38 tahun meninggal dunia pada Isnin ketika melakukan aktiviti pendakian ke Everest Base Camp.

Mangsa dikenali sebagai Parthiban Kandasamy disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi (waktu tempatan) di Gorak Shep.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang menguruskan untuk membawa turun jasad mendiang dari Gorak Shep ke Kathmandu untuk dibedah siasat di Hospital Teaching, Kathmandu.

"Jasad akan dibawa pulang ke Malaysia selepas segala urusan bedah siasat dan dokumentasi selesai.

"Kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu akan membantu urusan membawa pulang jasad ke Malaysia,” kata kementerian.

Kementerian turut mengucapkan takziah kepada waris mendiang. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!