'Biar kami basah lencun, asal trafik lancar'

Anggota polis membersihkan sampah tersumbat di dalam longkang mengakibatkan air bertakung di atas jalan raya.
Anggota polis membersihkan sampah tersumbat di dalam longkang mengakibatkan air bertakung di atas jalan raya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Biar kami basah lencun disimbahi air hujan, asalkan aliran trafik berjalan lancar."

Demikian kata-kata dimuat naik di Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) merujuk kepada satu klip video memaparkan seorang anggota trafik membantu menyelesaikan masalah air bertakung yang mengganggu aliran trafik sekitar Jalan Raja Chulan di sini petang kelmarin.

Video berdurasi 10 saat yang tular di laman sosial meraih 163,000 tontonan dari netizen sejak dimuat naik di Facebook semalam.

Menerusi status itu, anggota tersebut dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

Beliau membantu mengeluarkan sisa-sisa pepejal tersumbat di dalam longkang sekitar Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur akibat hujan lebat.

Tindakan anggota trafik itu ternyata mendatangkan hasil apabila memudahkan pengguna jalan raya bergerak ke destinasi masing-masing.

Perkongsian video tersebut mendapat pujian dari netizen yang menyifatkan komitmen dan tanggungjawab polis bukan sekadar membanteras jenayah namun turut menjaga kesejahteraan rakyat.

Hafiz Hamzah berkata, "Bukan seorang trafik saya penah nampak buat amal baik begini, siapa pernah lalu lebuh raya di laluan motosikal pasti akan terjumpa anggota trafik membantu melancarkan aliran air tersumbat dalam terowong.

Artikel Berkaitan:

"Bukan kerja dia tapi dia buat juga atas dasar tanggungjawab dan perikemanusiaan. Satu badan basah lencun tanpa alas plastik kat baju, kat tangan penuh dengan daun-daun ranting kayu, sampah sarap. Setiap kali saya nampak, saya akan hon angkat tangan tanda terima kasih untuk insan-insan mulia ini. Nak tolong tak mampu. Setiap nyawa yang dia selamatkan dan bahaya yang dia hindarkan untuk orang ramai, hanya ALLAH SWT yang mampu membalasnya." katanya.

Kata Rafaiee Razalie pula, "Tabik pada pegawai trafik ni, dalam hujan banjir, tugas tetap di jalankan tanpa bantahan. Kadang kala melampaui dari tugasan hakiki. Pada agensi lain, tolonglah buat pemantauan tugasan kamu, sampai lubang perangkap sampah pun nak polis trafik bersihkan."

VIDEO PILIHAN: POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

VIDEO PILIHAN: POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA "Biar kami basah lencun disimbahi air hujan, asalkan aliran trafik berjalan lancar." Syabas dan tahniah diucapkan kepada anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur yang membantu mengeluarkan sisa-sisa pepejal tersumbat di dalam longkang sekitar Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur akibat hujan lebat, petang semalam. Hanya Yang Maha Esa sahajalah mampu memberikan ganjaran setimpal atas kebaikan dan sifat ehsan tersebut. #VideoPilihan #PolisDirajaMalaysia #RoyalMalaysiaPolice #JSPTKL #23122019 Sumber video: Trafik KL JSPT KL

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Sunday, December 22, 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!