'Kini masanya untuk berperang' - Netanyahu

Netanyahu - Foto AFP
Netanyahu - Foto AFP
A
A
A

TEL AVIV - Benjamin Netanyahu dengan tegas menyatakan, Israel tidak akan sama sekali melakukan gencatan senjata dalam usaha mencapai keamanan pada perang dengan Hamas yang berlanjutan hampir empat minggu itu.

Seperti mana Amerika Syarikat (AS) yang juga melakukan perkara sama semasa Jepun menyerang Pearl Harbour pada 1941 dan susulan serangan ke atas menara berkembar World Trade Centre (WTC) serana 11 September 2001, pendirian diambil Israel dalam perang dengan Hamas sama seperti sekutunya.

“Saya ingin jelaskan pendirian Israel mengenai gencata senjata.

"Seperti mana Amerika Syarikat yang tidak setuju dengan gencatan senjata selepas Pearl Harbour dibom atau selepas serangan pengganas pada 11 September (2001), Israel tidak akan setuju dengan menghentikan peperangan dengan Hamas selepas serangan ngeri pada 7 Oktober lalu,” tegas Netanyahu pada Isnin.

Tambah Netanyahu, mendesak Israel melakukan gencatan senjata atau menyerah pada Hamas, menyerah pada pengganas, menyerah pada kebiadaban, semua itu tidak akan berlaku.

Memetik petikan kitab Bible yang menyebut terdapat ruang masa untuk keamanan, Netanyahu berkata: “Kini masanya untuk berperang.”

Ditanya apakah beliau mempertimbangkan untuk letak jawatan, tegas Netanyahu, matlamat utamanya ialah menyingkirkan Hamas.

“Kami (Israel) akan singkirkan mereka (Hamas) ke dalam tong sampah sejarah. Itu matlamat saya. Itu tanggungjawab saya,” jelas Netanyahu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, jurucakap Hamas pada Isnin berkata, Israel tidak akan berjaya memasuki Gaza, 'kecuali di beberapa kawasan yang terbatas' selain membayangkan situasi kemanusiaan di wilayah bergolak itu seperti satu ‘malapetaka.’ - CNN

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!