Bidaan jam Rolex Zulkifli cecah RM130,000

Zulkifli bersama Raja Salman (kiri).
Zulkifli bersama Raja Salman (kiri).
A
A
A

SHAH ALAM - Bidaan jam tangan berjenama Rolex milik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kini mencecah RM130,000.

Menerusi ruangan komen pada satu hantaran beliau di Instagram, nilai bidaan tertinggi itu adalah jumlah yang dicatatkan setakat jam 9.31 malam Isnin.

"Makluman terkini jam 9.31 malam, 30 Oktober 2023. Bidaan tertinggi adalah sebanyak RM130,000,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan membuka bidaan jam tangan hasil pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud itu sebanyak RM40,000.

Beliau berkata, hasil bidaan itu akan disalurkan sepenuhnya kepada kebajikan rakyat Palestin.

“Harga tapak RM40,000. Kenaikan bermula RM100 ke atas.

“Bidaan akan ditutup pada 31 Oktober 2023 (Selasa) pukul 12 tengah malam,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!