Polis kesan ahli perniagaan bantu siasatan kes penipuan RM1 juta

Polis mengesan 'Datuk Mohamad' bagi membantu siasatan kes penipuan mencecah RM1 juta.
Polis mengesan 'Datuk Mohamad' bagi membantu siasatan kes penipuan mencecah RM1 juta.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis sedang mengesan seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan dalam kes penipuan tawaran perniagaan rakan kongsi tidak wujud melibatkan kerugian mencecah RM1 juta.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintenden Syed Basri Syed Ali berkata, usaha mengesan saksi dikenali sebagai Mohamad Jaylani Sheikh Mohammad atau 'Datuk Mohamad', 44, sedang giat dijalankan.

Menurut beliau, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sedang menjalankan siasatan berkaitan beberapa laporan polis diterima berkenaan kes penipuan tawaran perniagaan rakan kongsi tidak wujud.

"Ada sebanyak lima kes sedang disiasat dan melibatkan kerugian bernilai RM1 juta.

"Siasatan turut mendapati individu terbabit menggunakan gelaran datuk palsu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau memaklumkan, kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun atau tidak lebih daripada 10 tahun dan dengan sebat serta denda.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi talian hotline IPD Kota Setar di talian 04-7326999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!