Pencemaran Bukit Serdang: Dua pemilik tanah didenda RM4,000

Mohd Fauzi Mohd Yatim
Mohd Fauzi Mohd Yatim
A
A
A

SUBANG JAYA - Dua pemilik tanah masing-masing didenda RM4,000 selepas mengaku salah atas pertuduhan membenarkan kerja tanah dijalankan tanpa kebenaran sehingga menyebabkan pencemaran di kawasan Bukit Serdang 5, Seri Kembangan.

Menurut Datuk Bandar Subang Jaya, Mohd Fauzi Mohd Yatim, dua pemilik tanah terbabit mengaku bersalah di Majistret Mahkamah Majistret (Munisipal) Subang Jaya pada 24 Oktober lalu.

"Majistret Mahkamah Majistret (Munisipal) Subang Jaya telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,000 bagi setiap pemilik tanah dan sekiranya gagal membayar denda, boleh dipenjarakan selama empat bulan.

"Pendakwaan telah dijalankan di bawah Seksyen 70A(9) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang membawa hukuman maksimum sebanyak RM 50,000 dan/atau penjara tidak melebihi lima tahun," katanya dalam perutusan pada Mesyuarat Penuh MBSJ di sini pada Selasa.

Beliau sehubungan itu berkata, pihak MBSJ ingin menegaskan bahawa tanggungjawab untuk mengawal dan menguruskan tanah persendirian adalah di bawah kuasa penuh pemilik tanah.

"MBSJ tidak akan berkompromi kepada mana-mana pemilik tanah yang membiarkan tanah mereka digunakan sebagai tapak pembuangan sampah haram atau menjalankan aktiviti tanah tanpa kebenaran majlis," katanya.

Artikel Berkaitan: