Agrobank sedia dana untuk penternak tambah bekalan ayam

Agrobank menyediakan dana pembiayaan sehingga RM350,000 khusus kepada penternak komuniti dan mikro di samping pembiayaan sehingga RM5 juta kepada penternak kecil dan sederhana.(Gambar hiasan)
Agrobank menyediakan dana pembiayaan sehingga RM350,000 khusus kepada penternak komuniti dan mikro di samping pembiayaan sehingga RM5 juta kepada penternak kecil dan sederhana.(Gambar hiasan)
A
A
A

AGROBANK menyediakan dana pembiayaan sehingga RM350,000 khusus kepada penternak komuniti dan mikro di samping pembiayaan sehingga RM5 juta kepada penternak kecil dan sederhana.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk menyediakan pembiayaan modal kerja dan tetap kepada penternak kecil dan sederhana, serta Skim Mikro Kredit dalam bentuk pembiayaan modal pusingan buat penternak komuniti.

Beliau menjelaskan, pembiayaan tersebut termasuk transformasi dari reban ayam terbuka kepada reban ayam tertutup.

"Dengan margin sehingga 90 peratus bagi tempoh pembiayaan sehingga sembilan tahun, penternak komuniti dan mikro serta penternak kecil dan sederhana masing-masing bakal menikmati kadar keuntungan sehingga tiga peratus setahun mengikut baki bulanan.

"Matlamat program ini untuk meningkatkan akses bekalan ayam secara terus dari penternak kepada pemborong dan peruncit di pasaran.

"Program ini juga membolehkan pengusaha beralih kepada teknik pemeliharaan yang lebih cekap dan secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti ladang, mengurangkan kos pengeluaran selain harga ayam berpatutan dapat ditawarkan kepada pasaran," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Tengku Ahmad Badli Shah menjelaskan, Agrobank bertekad memastikan status bekalan harga ayam di ladang kekal stabil dan tidak membebankan rakyat serta tidak berlaku sebarang aktiviti pencatutan di sepanjang rantaian bekalan.

Justeru beliau berkata, pihaknya akan terus memberi kerjasama melalui KPKM bagi memperkasa sektor agromakanan, terutama dalam industri penternakan ayam bagi memastikan peningkatan, kemampanan keselamatan serta keterjaminan makanan negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!