Polis Kelantan rampas dadah lebih RM17 juta

Dadah yang dirampas dalam lima siri serbuan di Kelantan.
Dadah yang dirampas dalam lima siri serbuan di Kelantan.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan merampas dadah jenis syabu seberat 521 kilogram bernilai RM17.2 juta pada Rabu, dalam dua buah kereta yang disyaki turut melibatkan sindiket dari Myanmar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, polis menjalankan lima serbuan di seluruh negeri dan menahan lapan lelaki termasuk seorang warga Thailand yang dipercayai terlibat dalam sindiket itu.

Menurut beliau, kesemua mereka berusia lingkungan 20 hingga 54 tahun yang dipercayai terlibat dengan penyeludupan dadah untuk pasaran tempatan.

"Kita percaya masih ada saki-baki pengedar yang terlibat dalam kes ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini pada Selasa.

Beliau memberitahu, sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak awal Mei tahun ini dan modus operandi mereka ialah menyeludup masuk bekalan dadah dari Thailand melalui jalan darat.

Kenderaan dengan nombor plat asing yang disita untuk siasatan.
Kenderaan dengan nombor plat asing yang disita untuk siasatan.

Selain itu, Mohd Kamarudin memberitahu, polis turut menyita lima buah kenderaan pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM309,000 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta) 1988.

Beliau menjelaskan, jika terlepas dadah yang dirampas dianggarkan dapat digunakan untuk seramai 2.6 juta penagih.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Suspek kini direman selama tujuh hari yang berakhir Rabu (1 November) bagi membantu siasatan. Semakan turut mendapati lima suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

"Saringan awal urin mendapati seorang suspek positif dadah jenis benzo manakala yang lain negatif," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!