Majikan warga emas didakwa cabul pekerja

Sing Kup (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Melaka pada Selasa.
Sing Kup (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Melaka pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Seorang majikan warga emas di sebuah syarikat pemaju dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan mencabul pekerja wanitanya.

Liang Sing Kup, 82, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Khairunnisak Hasni.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 50 tahun dengan niat hendak mencabul kehormatannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik pejabat majikan di sebuah premis syarikat di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya di sini pada jam 3.50 petang pada 11 September lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar dan tertuduh diwakili peguam, A Renganathan Abdullah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember depan sebagai sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!