Sharnaaz kecewa, tapi hormati mahkamah
31 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 31 OKTOBER 2023
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menyatakan rasa kekecewaannya selepas prosiding kes untuk status representasi bagi menggugurkan pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, ditangguhkan ke 17 November depan, lapor wartawan Sinar Harian, Azlida Alimin.
Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, berkata, banyak perancangannya tergendala kerana kes yang dihadapinya, memakan masa lebih setahun.
Selain itu, bapa kepada seorang anak ini berkata, kes ini menyebabkan namanya timbul dalam ‘sistem amaran’ antaranya membabitkan prosedur bank.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo