19 maut akibat keganasan berkaitan pilihan raya di Filipina

Polis mengumpul bukti di sebelah mayat di tempat kejadian tembakan di luar pusat mengundi di bandar Datu Odin Sinsuat di pulau Mindanao pada Isnin. - Foto AFP
Polis mengumpul bukti di sebelah mayat di tempat kejadian tembakan di luar pusat mengundi di bandar Datu Odin Sinsuat di pulau Mindanao pada Isnin. - Foto AFP
A
A
A

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ramai lagi cedera akibat keganasan yang meletus semasa pilihan raya tempatan di Filipina, kata seorang pegawai pilihan raya pada Selasa.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya Rex Laudiangco berkata, pihak berkuasa merekodkan 29 insiden keganasan sejak 28 Ogos hingga 30 Oktober lepas.

Kebanyakan insiden dilaporkan di Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao dan wilayah Bicol, kata Laudiangco, lapor Agensi Anadolu.

Kira-kira 113 lagi kejadian keganasan sedang disiasat untuk menentukan sama ada insiden itu mempunyai kaitan dengan pilihan raya.

Pilihan raya itu pada awalnya dijadual diadakan pada 2020 tetapi ditangguhkan dua kali.

Sebanyak 672,432 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!