Thailand kecualikan visa kepada pelawat India, Taiwan mulai 10 November

Thailand membenarkan pelancong India dan Taiwan memasuki negara itu tanpa visa mulai 10 November hingga Mei 2024 dalam usaha untuk menggalakkan ketibaan pelawat ke negara itu semasa musim puncak.
Thailand membenarkan pelancong India dan Taiwan memasuki negara itu tanpa visa mulai 10 November hingga Mei 2024 dalam usaha untuk menggalakkan ketibaan pelawat ke negara itu semasa musim puncak.
A
A
A

BANGKOK - Thailand membenarkan pelancong India dan Taiwan memasuki negara itu tanpa visa mulai 10 November hingga Mei 2024 dalam usaha untuk menggalakkan ketibaan pelawat ke negara itu semasa musim puncak.

Jurucakap kerajaan, Chai Wacharonke berkata, sepanjang tempoh itu, pelancong dari India dan Taiwan boleh memasuki dan tinggal di Thailand sehingga 30 hari tanpa visa.

India merupakan pasaran sumber pelancongan keempat terbesar Thailand.

Wacharonke berkata, dari Januari hingga September tahun ini, lebih 1.16 juta pelancong India melawat Thailand, dan jumlah ini dijangka mencecah 1.55 juta menjelang akhir tahun, dengan setiap pelawat membelanjakan purata 41,000 baht.

Beliau berkata, 700,000 pelancong Taiwan dijangkakan melawat Thailand tahun ini dan membelanjakan purata 43,000 baht setiap seorang.

Dari Januari hingga 29 Oktober, Thailand menerima 22.06 juta pelawat yang berbelanja sejumlah 927.5 bilion baht.

Pelancong Malaysia mendahului senarai pelawat ke Thailand dengan 3.62 juta pengunjung, diikuti China (2.76 juta) dan Korea Selatan (1.31 juta).

Thailand menyasarkan kira-kira 28 juta ketibaan pelancong tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Negara itu sebelum ini mengecualikan visa kepada pelawat dari China dan Kazakhstan mulai 25 September hingga 29 Februari 2024.

Thailand turut membenarkan pelancong Rusia tinggal sehingga 90 hari di negara itu tanpa visa bermula 1 Nov hingga 30 April 2024. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!