Wanita maut, kereta dihempap pokok tumbang

Foto dikongsi pengguna media sosial yang menunjukkan sebuah Perodua Alza dihempap sebatang pokok di Jalan Ulu Yam-Gombak pada petang Selasa.
Foto dikongsi pengguna media sosial yang menunjukkan sebuah Perodua Alza dihempap sebatang pokok di Jalan Ulu Yam-Gombak pada petang Selasa.
A
A
A

GOMBAK - Seorang wanita maut apabila kenderaan yang dipandu dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Ulu Yam-Gombak, di sini, pada Selasa.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.14 petang.

"Seramai lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Kerja-kerja memotong pokok dilakukan untuk mengeluarkan mangsa tersepit.
Kerja-kerja memotong pokok dilakukan untuk mengeluarkan mangsa tersepit.

Zulfikar berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati sebatang pokok telah menghempap sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berusia 40-an.

"Kerja-kerja memotong pokok dilakukan untuk mengeluarkan mangsa tersepit. Wanita itu kemudian dibawa keluar dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!