Lelaki AS tikam budak 26 kali, mengaku tidak bersalah

Wadea Al-Fayoume (kiri) dan Joseph Czuba. - Foto Agensi
Wadea Al-Fayoume (kiri) dan Joseph Czuba. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Seorang lelaki berusia 71 tahun yang menikam mati seorang budak lelaki berketurunan Palestin-Amerika di Illinois dengan dikaitkan perang Hamas-Israel, mengaku tidak bersalah.

Joseph Czuba berdepan tuduhan dan cubaan membunuh serta jenayah kebencian berhubung serangan pada 14 Oktober lalu sehingga menyebabkan Wadea Al-Fayoume berusia enam tahun maut manakala ibunya, Hanan Shahen, 32, cedera parah.

Menurut dokumen mahkamah, Czuba mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan semasa hadir di mahkamah Illinois pada Isnin dan diperintahkan ditahan sehingga perbicaraan 8 Januari depan.

Menurut Pejabat Sheriff Will County, mangsa menjadi sasaran suspek kerana mereka beragama Islam serta konflik perang di Timur Tengah yang berterusan melibatkan Hamas-Israel.

Czuba, yang merupakan tuan rumah keluarga itu telah didakwa menikam budak lelaki tersebut sebanyak 26 kali.

Menurut pejabat Majlis Hubungan Amerika-Islam Chicago, keluarga itu adalah warga berketurunan Palestin-Amerika.

Presiden AS, Joe Biden mengutuk serangan itu sebagai 'tindakan berbaur kebencian yang mengerikan' dan penjenayah seperti itu 'tiada tempat di Amerika'. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!