[PEMBETULAN] Polis buru empat individu bantu kes rogol

[PEMBETULAN] Mereka yang dikehendaki ialah Muhammad Mustaqimi Mat Soh, Mohd Dik Awang Senik, Mohd Faizul Saari dan Wan Fazmer Akib Wan Mahadi.
[PEMBETULAN] Mereka yang dikehendaki ialah Muhammad Mustaqimi Mat Soh, Mohd Dik Awang Senik, Mohd Faizul Saari dan Wan Fazmer Akib Wan Mahadi.
A
A
A

MACHANG -Polis kini berusaha menjejaki empat individu lelaki bagi membantu siasatan kes rogol di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Supritendan Ganti Jimmy berkata, keempat-empat individu tersebut dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes jenayah rogol melibatkan tahun 2009, 2014 dan dua kes pada 2018.

"Kami berharap mana-mana pihak atau orang ramai yang mengenali mereka dapat maklumkan kepada kami untuk membantu menyelesaikan kes ini.

"Kepada mereka yang mengenali individu terlibat bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di talian 09-9751222 untuk sebarang aduan dan sebagainya.

"Kerjasama daripada mereka amat kami perlukan untuk bantu kami selesaikan kes tersebut," katanya.

Ganti (tengah) menunjukkan individu yang dapat membantu kes tersebut.
Ganti (tengah) menunjukkan individu yang dapat membantu kes tersebut.

Mereka yang dikehendaki ialah Muhammad Mustaqimi Mat Soh, Mohd Dik Awang Senik, Mohd Faizul Saari dan Wan Fazmer Akib Wan Mahadi.

Kesemua individu terlibat adalah dalam lingkungan umur 18 hingga 51 tahun dan beralamat di sekitar daerah ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!