Rancangan jahat pemindahan paksa penduduk Gaza ke Sinai terbongkar

Kebanyakan struktur di selatan Genting Gaza yang musnah dibedil tidak lagi boleh didiami. - Foto Agensi
Kebanyakan struktur di selatan Genting Gaza yang musnah dibedil tidak lagi boleh didiami. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Israel merancang untuk melakukan pemindahan paksa ke atas penduduk Palestin di Genting Gaza ke Semenanjung Sinai di Mesir.

Rancangan jahat itu yang mendapat sokongan penuh pegawai Tel Aviv didedahkan menerusi dokumen dibocorkan oleh WikiLeaks pada Isnin.

Menurut WikiLeaks, dokumen itu dikeluarkan Kementerian Risikan Israel pada 13 Oktober lalu, hampir seminggu selepas rejim Zionis melancarkan kempen serangan ganas ke atas Gaza.

Kandungan dokumen yang sebahagiannya dalam bahasa Hebrew itu juga menyatakan penduduk Palestin yang dipindahkan itu akan melalui ‘tiga peringkat’ termasuk ditempatkan di ‘bandar khemah’ di kawasan gurun sebelum koridor kemanusiaan dibuka.

Fasa terakhir akan melibatkan pembinaan ‘bandar’ di Sinai Utara bagi mengelakkan penduduk dipindahkan itu kembali semula ke Gaza.

Dokumen kontroversi itu juga menyatakan ‘pelan keselamatan’ pemindahan lebih 2.3 juta penduduk dari Gaza yang kononnya sebagai pilihan terbaik untuk masa depan mereka, sedangkan tujuan sebenar Israel adalah untuk merampas seluruh wilayah berkenaan.

Sebelum ini, negara Arab memberi amaran tentang gelombang 'tsunami' pelarian Palestin kerana ia bakal mencetuskan Nakba (malapetaka) kedua setelah pengusiran ratusan ribu penduduk dari kampung halaman mereka pada 1948. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!